Saturday, February 22, 2020

Al-Imran_3-3-79


3.3.79.
Juz:3,Surah:3.
Surah 3, Ayat 79:

Ringkasan tafsir;
Amatlah tidak patut bagi sebahagian manusia yang menyeru supaya mereka menjadi hamba menyembah Nabi  sebagai tuhan mereka dan dalam masa sama menyembah Allah pula. Dan mereka mengadakan wasitah (sebagai perantara) diri mereka dengan Allah didalam ibadahnya.

Dan berkata dalam ayat ini, hendaklah kamu berubah dan jadilah kamu ulama fuqoha muallimin yang hukama hulama sebagai pendidik kepada manusia kepada perkara yang benar halal dan haram juga perkara suruhan dan tegahan, juga mengajar manusia tentang perkara kebajikan serta melazimkan diri mentaati Allah dan beribadat terus kepada Nya. 


[Rumah] [Sebelum] [Selepas] [Jawi]

,
Link,

[BS] https://belacanmasak.blogspot.com/2019/01/al-imran-ayat-79.html 

[fbj] https://www.facebook.com/rosliauta.gmailcom/posts/1873389022796607
.

via,
jun.knajid@yahoo.com
(kedairakyat1@gmail.com)
(recover, Apa_Aku_Dapat@outlook.my)
(BS; kedairakyat1.knajid@blogger.com)






Tuesday, January 1, 2019

Al-Imran Ayat 77

3.3.77
Juz:
3,Surah:3.
Surah 3, Ayat 77:
.

Ringkasan tafsir;

Sebahagian para ketua pendita ahli kitab telah menyembunyikan perjanjian mereka dengan Allah seperti yang termaktub dalam kitab Taurat mengenai kebenaran kenabian Muhammad s.a.w. Perkara yang benar yang sebenarnya isi kitab itu telah diubah dan ditulis dengan yang lain serta sanggup bersumpah bahawa apa yang diubahnya itu adalah datang dari Allah.

Mereka ubah sebahagian ayat itu serta bersumpah, dan  menyatakan bahawa orang Yahudi tidak berdosa menganiayai orang yang tidak seagama dengan mereka.

Mereka bersumpah dengan tipu daya mereka untuk menipu membolot merampas harta orang lain dengan menjual perjanjian yang telah dipersetujui sebelumnya.

Oleh itu Allah mengacam orang yang memungkiri janji dan akan diseksa dengan seksaan yang pedih, tidak diberi rahmat didunia dan diakhirat.


Kesimpulannya,

Tidak ada keimanan orang yang tidak amanah dan tidak ada keagamaan bagi orang yang tidak menepati janji. Dan tanda orang yang munafik itu ada tiga, jika berkata ia dusta, jika berjanji dia mungkir dan jika diberi kepercayaan dia khianat dan tidak amanah.

.

[previous] [next] [home] [Jawi]

.
RUJUKAN SUMBER,
Juzuk
3, Surah3
Terjemahan,
71~80,
[GS]  https://sites.google.com/site/tammpaj/16/1 
Ulasan surah 3;  
[GS]
https://t.co/Kf2lMbI0X8   
.



via,  jun.knajid@yahoo.com
(kedairakyat1@gmail.com)
(recover, Apa_Aku_Dapat@outlook.my)
(BS; kedairakyat1.knajid@blogger.com)

Sunday, December 30, 2018

Al-Imran Ayat 74

3.3.74 
Juz:
3,Surah:3. 
Surah 3, Ayat 74:


.
Ringkasan tafsir;

Sangkaan ahli kitab itu salah, yang menyangka ahli kitab itu berkata bahawa kurnia itu hanya kepada kaum bani Israel sahaja.

Kurnia Allah yang banyak dari rahmat Nya yang luas sudah tentu hanya kepada sesiapa yang dikehendaki Nya. Allah telah membangkitkan Nabi dan Rasul dari sebarang golongan bangsa yang dikehendaki Nya kerana mendapat limpah kurnia dan Ihsan Nya, bukanlah disebabkan adanya sesuatu jasa yang telah mereka buat dan bukan pula kerana keturunan yang memuliakan mereka.  Allah tidak pilih kasih terhadap sesiapa pun baik terhadap perseorangan atau suatu kumpulan bangsa.

Maha Suci Allah dari yang demikian.

.
[previous] [next] [home

.
RUJUKAN SUMBER,  

Juzuk
3, Surah3   
Terjemahan,
71~80,
[GS]  https://sites.google.com/site/tammpaj/16/1 
Ulasan surah 3;  
[GS]
https://t.co/Kf2lMbI0X8     

.


via,
jun.knajid@yahoo.com
(kedairakyat1@gmail.com)
(recover, Apa_Aku_Dapat@outlook.my)
(BS; kedairakyat1.knajid@blogger.com)