Tuesday, January 1, 2019

Al-Imran Ayat 77

3.3.77
Juz:
3,Surah:3.
Surah 3, Ayat 77:
.

Ringkasan tafsir;

Sebahagian para ketua pendita ahli kitab telah menyembunyikan perjanjian mereka dengan Allah seperti yang termaktub dalam kitab Taurat mengenai kebenaran kenabian Muhammad s.a.w. Perkara yang benar yang sebenarnya isi kitab itu telah diubah dan ditulis dengan yang lain serta sanggup bersumpah bahawa apa yang diubahnya itu adalah datang dari Allah.

Mereka ubah sebahagian ayat itu serta bersumpah, dan  menyatakan bahawa orang Yahudi tidak berdosa menganiayai orang yang tidak seagama dengan mereka.

Mereka bersumpah dengan tipu daya mereka untuk menipu membolot merampas harta orang lain dengan menjual perjanjian yang telah dipersetujui sebelumnya.

Oleh itu Allah mengacam orang yang memungkiri janji dan akan diseksa dengan seksaan yang pedih, tidak diberi rahmat didunia dan diakhirat.


Kesimpulannya,

Tidak ada keimanan orang yang tidak amanah dan tidak ada keagamaan bagi orang yang tidak menepati janji. Dan tanda orang yang munafik itu ada tiga, jika berkata ia dusta, jika berjanji dia mungkir dan jika diberi kepercayaan dia khianat dan tidak amanah.

.

[previous] [next] [home] [Jawi]

.
RUJUKAN SUMBER,
Juzuk
3, Surah3
Terjemahan,
71~80,
[GS]  https://sites.google.com/site/tammpaj/16/1 
Ulasan surah 3;  
[GS]
https://t.co/Kf2lMbI0X8   
.



via,  jun.knajid@yahoo.com
(kedairakyat1@gmail.com)
(recover, Apa_Aku_Dapat@outlook.my)
(BS; kedairakyat1.knajid@blogger.com)