3.3.74
Juz:3,Surah:3.
Surah 3, Ayat 74:
.
Ringkasan tafsir;
Sangkaan
ahli kitab itu salah, yang menyangka ahli kitab itu berkata bahawa kurnia itu
hanya kepada kaum bani Israel sahaja.
Kurnia
Allah yang banyak dari rahmat Nya yang luas sudah tentu hanya kepada sesiapa
yang dikehendaki Nya. Allah telah membangkitkan Nabi dan Rasul dari sebarang
golongan bangsa yang dikehendaki Nya kerana mendapat limpah kurnia dan Ihsan
Nya, bukanlah disebabkan adanya sesuatu jasa yang telah mereka buat dan bukan
pula kerana keturunan yang memuliakan mereka.
Allah tidak pilih kasih terhadap sesiapa pun baik terhadap perseorangan
atau suatu kumpulan bangsa.