3.3.77
Juz:3,Surah:3.
Surah 3, Ayat 77:
.
Ringkasan tafsir;
Sebahagian
para ketua pendita ahli kitab telah menyembunyikan perjanjian mereka dengan
Allah seperti yang termaktub dalam kitab Taurat mengenai kebenaran kenabian
Muhammad s.a.w. Perkara yang benar yang sebenarnya isi kitab itu telah diubah
dan ditulis dengan yang lain serta sanggup bersumpah bahawa apa yang diubahnya
itu adalah datang dari Allah.
Mereka
ubah sebahagian ayat itu serta bersumpah, dan
menyatakan bahawa orang Yahudi tidak berdosa menganiayai orang yang
tidak seagama dengan mereka.
Mereka
bersumpah dengan tipu daya mereka untuk menipu membolot merampas harta orang
lain dengan menjual perjanjian yang telah dipersetujui sebelumnya.
Oleh itu Allah mengacam orang yang memungkiri
janji dan akan diseksa dengan seksaan yang pedih, tidak diberi rahmat didunia
dan diakhirat.
Kesimpulannya,
Tidak
ada keimanan orang yang tidak amanah dan tidak ada keagamaan bagi orang yang
tidak menepati janji. Dan tanda orang yang munafik itu ada tiga, jika berkata
ia dusta, jika berjanji dia mungkir dan jika diberi kepercayaan dia khianat dan
tidak amanah.
.
[previous] [next] [home] [Jawi]
.