Tuesday, May 24, 2016

Apartment Untuk Sewa



Apartment Kelisa Ria, Jalan Kelisa 1,
Kg Sg Tangkas, Bangi,
Kajang, Sel


.
LINK;

Saturday, November 21, 2015

Khatam Surah Al-An'am

Al-An’am, dari Ayat 111~120.  

111. Dan jika kami turunkan atas mereka Melaikat, dan jika orang-orang yang mati akan berkata-kata dengan mereka, dan jika kumpulkan tiap-tiap sesuatu keterangan dihadapan mereka, nescaya tidak akan  mereka beriman, melainkan jika dikehendaki oleh Allah, tetapi  kebanyakan daripada mereka tidak tahu.

112. Dan demikianlah kami jadikan bagi taip-tiap Nabi itu musuh dari syaitan-syaitan manusia dan jin, yang sebahagian dari mereka mengkhabarkan dusta kepada sebahagian sebagai tipu daya,  pada hal jika Tuhan mu mahu, tentu mereka tidak mengerjakan nya. Oleh kerana itu, biarkan lah mereka, dan biarkan lah apa yang mereka ada-ada kan.

113. Dan supaya condong kepadanya hati  orang-orang yang tidak percaya kepada akhirat, dan supaya mereka redha kepadanya, dan supaya mereka terus kerjakan apa-apa kejelekan yang mereka telah kerjakan.

114. “Apakah patut selain dari Allah aku jadikan hukum, pada hal ialah yang menurunkan kepada  kamu kitab Quran dengan terang?” sedangkan mereka yang kami beri kitab itu tahu, bahawa Quran itu diturunkan dari Tuhan mu dengan membawa kebenaran, oleh kerana itu, jangan lah engkau jadi diri golongan orang-orang yang ragu-ragu.

115. Dan telah sempurna kalimah Tuhan mu dengan benar dan adil, tidak ada yang boleh mengubah kalimah-kalimah nya, dan ialah yang mendengar, yang mengetahui.

116. Dan jika engkau ikut kepada kebanyakan orang-orang yang ada dibumi,  tentu mereka akan sesatkan  mu dari jalan Allah, kerana mereka tidak menurut melainkan sangkaan, dan mereka itu tidak lain,  melainkan berdusta.

117. Sesungguhnya Tuhan mu, ialah yang lebih mengetahui siapa yang sesat dari jalan nya, dan ialah yang lebih mengetahui siapa yang sesat dari jalan nya, dan ialah yang lebih mengetahui orang-orang yang terpimpin.

118. Maka makan lah dari apa-apa  sembelihan yang disebut nama Allah atasnya, jika betul kamu beriman kepada  ayat-ayat nya.

119. Mengapakan kamu tidak makan dari apa yang disembeleh dengan disebut nama Allah atasnya, pada hal  ia telah terangkan bagi kamu apa-apa yang ia telah haramkan atas kamu, melainkan barang yang kamu terpaksa kepadanya ? tetapi kebanyakan mereka  menyesatkan manusia dengan hawa nafsu mereka dengan tidak mempunyai pengetahuan. Sesungguh nya Tuhan mu, ialah yang terlebih mengetahui orang-orang yang melewati batas.

120. Dan tinggalkan lah dusta; yang zahir dan yang batinnya, kerana orang-orang yang mengerjakan dosa, akan dibalas mereka dengan apa yang mereka usahakan.

Following Twitter,
[] https://twitter.com/knajidgawabcom/status/668224612195414016




.