Al-An’am, dari Ayat 111~120.
111. Dan jika
kami turunkan atas mereka Melaikat, dan jika orang-orang yang mati akan
berkata-kata dengan mereka, dan jika kumpulkan tiap-tiap sesuatu keterangan
dihadapan mereka, nescaya tidak akan
mereka beriman, melainkan jika dikehendaki oleh Allah, tetapi kebanyakan daripada mereka tidak tahu.
112. Dan demikianlah kami
jadikan bagi taip-tiap Nabi itu musuh dari syaitan-syaitan manusia dan jin,
yang sebahagian dari mereka mengkhabarkan dusta kepada sebahagian sebagai tipu
daya, pada hal jika Tuhan mu mahu, tentu
mereka tidak mengerjakan nya. Oleh kerana itu, biarkan lah mereka, dan biarkan
lah apa yang mereka ada-ada kan.
113. Dan supaya condong
kepadanya hati orang-orang yang tidak
percaya kepada akhirat, dan supaya mereka redha kepadanya, dan supaya mereka terus
kerjakan apa-apa kejelekan yang mereka telah kerjakan.
114. “Apakah patut selain
dari Allah aku jadikan hukum, pada hal ialah yang menurunkan kepada kamu kitab Quran dengan terang?” sedangkan
mereka yang kami beri kitab itu tahu, bahawa Quran itu diturunkan dari Tuhan mu
dengan membawa kebenaran, oleh kerana itu, jangan lah engkau jadi diri golongan
orang-orang yang ragu-ragu.
115. Dan telah sempurna
kalimah Tuhan mu dengan benar dan adil, tidak ada yang boleh mengubah kalimah-kalimah
nya, dan ialah yang mendengar, yang mengetahui.
116. Dan jika engkau ikut
kepada kebanyakan orang-orang yang ada dibumi,
tentu mereka akan sesatkan mu
dari jalan Allah, kerana mereka tidak menurut melainkan sangkaan, dan mereka
itu tidak lain, melainkan berdusta.
117. Sesungguhnya Tuhan mu,
ialah yang lebih mengetahui siapa yang sesat dari jalan nya, dan ialah yang
lebih mengetahui siapa yang sesat dari jalan nya, dan ialah yang lebih
mengetahui orang-orang yang terpimpin.
118. Maka makan lah dari
apa-apa sembelihan yang disebut nama
Allah atasnya, jika betul kamu beriman kepada
ayat-ayat nya.
119. Mengapakan kamu tidak makan dari apa yang disembeleh dengan
disebut nama Allah atasnya, pada hal ia
telah terangkan bagi kamu apa-apa yang ia telah haramkan atas kamu, melainkan
barang yang kamu terpaksa kepadanya ? tetapi kebanyakan mereka menyesatkan manusia dengan hawa nafsu mereka
dengan tidak mempunyai pengetahuan. Sesungguh nya Tuhan mu, ialah yang terlebih
mengetahui orang-orang yang melewati batas.
120. Dan tinggalkan lah dusta; yang zahir dan yang
batinnya, kerana orang-orang yang mengerjakan dosa, akan dibalas mereka dengan
apa yang mereka usahakan.
Following Twitter,
[] https://twitter.com/knajidgawabcom/status/668224612195414016
.
via,
jun.knajid@yahoo.com
(kedairakyat1@gmail.com)
(recover, Apa_Aku_Dapat@outlook.my)
(BS; kedairakyat1.knajid@blogger.com)
.