Saturday, February 22, 2020

Al-Imran_3-3-81


3.3.81.
Juz:3,Surah:3.
Surah 3, Ayat 81:

Ringkasan tafsir;
Ayat ini menjelaskan bahawa nabi-nabi telah berjanji kepada diri mereka sendiri untuk mentaati Allah dengan melaksanakan segala perintah Nya dan meninggalkan tegahan Nya, dan mengambil persetiaan untuk mempercayai tentang kebangkitan para nabi-nabi dan mempercayai kelahiran Muhammad s.a.w. sebagai nabi akhir zaman.
Amatlah jelas maksud ayat ini bahawa nabi yang diturunkan bersama ilmu hikmat dari kitab-kitab Allah, telah mengambil persetiaan masing-masing dari umat nya, iaitu jika sekiranya dibangkitkan Muhammad s.a.w sebagai Nabi, maka hendaklah mereka beriman dengannya dan menolong serta membantunya untuk menyebar agama tauhid (Islam).


[Rumah] [Sebelum] [Selepas] [Jawi]


.
Link,

[BS] https://persaudaraanpkr.blogspot.com/2019/01/al-imran-ayat-81.html
[fbj] https://www.facebook.com/rosliauta.gmailcom/posts/1873402882795221

.

via,
jun.knajid@yahoo.com
(kedairakyat1@gmail.com)
(recover, Apa_Aku_Dapat@outlook.my)
(BS; kedairakyat1.knajid@blogger.com)




Al-Imran_3-3-80


3.3.80.
Juz:3,Surah:3.
Surah 3, Ayat 80:

Ringkasan tafsir;
Lanjutan dari ayat diatas (3.3.79), Perbuatan kufur adalah serupa dengan perangai orang kafir Quraisy Assobiin yang mendakwa malaikat itu anak perempuan Allah, Yahudi pula menyatakan Uzair itu anak Allah dan Nabi Isa anak Allah oleh kaum Nasrani.
Allah mengecam mereka dengan menyatakan bahawa perbuatan mereka yang kufur itu sangatlah tidak patut kerana mereka menyeru supaya semua orang berada dalam kekufuran, setelah mereka diberi petunjuk dan berada dalam keimanan.


[Rumah] [Sebelum] [Selepas] [Jawi]


.
Link,

[BS] https://pru10.blogspot.com/2019/01/al-imran-ayat-80.html 

[fbj] https://www.facebook.com/rosliauta.gmailcom/posts/1873389022796607

.


via,
jun.knajid@yahoo.com
(kedairakyat1@gmail.com)
(recover, Apa_Aku_Dapat@outlook.my)
(BS; kedairakyat1.knajid@blogger.com)



Al-Imran_3-3-79


3.3.79.
Juz:3,Surah:3.
Surah 3, Ayat 79:

Ringkasan tafsir;
Amatlah tidak patut bagi sebahagian manusia yang menyeru supaya mereka menjadi hamba menyembah Nabi  sebagai tuhan mereka dan dalam masa sama menyembah Allah pula. Dan mereka mengadakan wasitah (sebagai perantara) diri mereka dengan Allah didalam ibadahnya.

Dan berkata dalam ayat ini, hendaklah kamu berubah dan jadilah kamu ulama fuqoha muallimin yang hukama hulama sebagai pendidik kepada manusia kepada perkara yang benar halal dan haram juga perkara suruhan dan tegahan, juga mengajar manusia tentang perkara kebajikan serta melazimkan diri mentaati Allah dan beribadat terus kepada Nya. 


[Rumah] [Sebelum] [Selepas] [Jawi]

,
Link,

[BS] https://belacanmasak.blogspot.com/2019/01/al-imran-ayat-79.html 

[fbj] https://www.facebook.com/rosliauta.gmailcom/posts/1873389022796607
.

via,
jun.knajid@yahoo.com
(kedairakyat1@gmail.com)
(recover, Apa_Aku_Dapat@outlook.my)
(BS; kedairakyat1.knajid@blogger.com)